Monday, April 13, 2015

saya pun cemburu

Assalamualaikum.
24jamalilakhir 1436H .
Kata-kata ni di foward oleh kawan saya kepada saya untuk saya baca...dan saya simpan ini dalam page ini agar kekal....mungkin anak cucu saya nanti akan baca..☺kan..kan..
Saya pun berasa cemburu jugak..

Cemburu yang bagaimana digalakkan oleh agama ISLAM ?

ada TIGA jenis cemburu yang digalakkan dalam ISLAM yakni cemburu kepada orang yang soleh dengan kesolehannya,kemudian menyebabkan diri kita menjadi semakin semangat bagi menjadi lebih soleh daripadanya.

Cemburu yang kedua adalah cemburu kepada orang yang alim kerana kealimannya , lantas membuatkan kita semangat mahu menuntut ilmu supaya menjadi lebih alim daripada dirinya. Oleh  kerana faedah ilmu yang ada padanya itu dapat dimanfaatkan oleh ummah pada setiap zaman selepasnya. Apatah lagi mati seorang anak adam, hanya 3 perkara yang masih membuahkan pahala iaitu anak yang soleh dan solehah, ilmu yang bermanfaat serta sedekah jariah yang kekal.

Yang terakhir, adalah cemburu kepada orang kaya yang mukmin, dan kerana kekayaannya itulah menjadikannya seseorangn yang pemurah dan sentiasa bersedekah dijalan Allah. Orang seperti itulah wajar kita cemburui dan menjadi dorongan kepada mereka yang mahu menjadi sepertinya. seperti ABDUL RAHMAN BIN AUF.

No comments:

Post a Comment