Saturday, June 6, 2015

masih kekurangan

Keberanian dalam melakukan sesuatu itu
penting tetapi mestilah disertai dengan
kepantasan serta persediaan ilmu, strategi
dan emosi yang betul....
.
#tolong mengerti perasaan ini

Thursday, May 7, 2015

selamat hari ibuu

Assalamualaikum.
19rejab 1436H ..wahhhh muda nye makk..kite...Mak.salu pesan suruh senyum.sokmo.. senyum dekat orang... 
#orang yang berjaya adalah orang yg senyum pada dunia
😓😓😓




Monday, May 4, 2015

pejam mata tutup telinga

Assalamualaikum.

Jangan menyiksa diri dengan terlalu
menginginkan sesuatu, karena terkadang yang
kita cinta itu bukan untuk kita. Setiap orang
sudah ditentukan apa yang baik dan tidak
untuknya.
Ada sebab kenapa orang itu sudah mendapat
kebahagiaan, dan kita masih jauh dari bahagia.
Allah SWT akan mendatangkan bahagia bila kita
sudah siap. maka katakan pada diri, "jangan
tanya bila Allah hendak memberi bahagia, tapi
tanyalah apa yang telah aku buat untuk meraih
bahagia itu?" Karena Allah akan menghadirkan
bahagia bukan ketika kita sepi, tetapi ketika kita
telah siap dan bersedia untuk memikul
tanggungjawab.Diciptakan pasangan untuk
merasa tentram "21. Dan di antara tanda-tanda
kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu
pasangan-pasangan dari jenismu sendiri, supaya
kamu cenderung dan merasa tenteram
kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa
kasih dan cinta. Sesungguhnya pada yang
demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda
bagi kaum yang berfikir"(QS. Ar-rum[30]: 21)
Ingat, cinta itu amanah. Dan amanah, pasti akan
dihisab kelak di akhirat.

Sunday, April 19, 2015

peringatan utk diri yang lemah ini- sedekah

Assalamualaikum.
Allah bagi rezeki yang kita keluar pagi balik malam bukan untuk kita seorang. .kadang hati ini sering kali diusik oleh bisikan syaitan laknatullah agar simpan duit kemas rapi, jangan bagi kat orang.. apa jahat nya syaitan ni.. 
Ya Allah, semoga hati ini sentiasa berdegil dengan bisikan jahat itu..

Tak akan jatuh miskin kalau kita bersedekah.
Tak semestinya nak kena tunggu kaya baru nak bersedekah.. 
Sentiasa lah ikhlas kan hati ini.. syaitan pergi jauh- jauh..haaa.


"“Sering bersuci ( berwudhu ) merupakan bagian dari iman, Tahmid itu memenuhi timbangan amal, tasbih dan tahmid itu keduanya atau salah satunya dapat memenuhi langit dan bumi. Shalat itu cahaya, sedekah itu bukti, kesabaran itu cahaya, Al Qur`an itu hujah bagimu atau menjadi hujah untuk membantahmu. Setiap manusia berangkat dipagi hari lalu menjual dirinya, maka ia membebaskannya atau membinasakannya “. ( HR. Muslim )

Berkata Ibnu Rajab rahimahullah : ” Adapun sedekah itu menjadi hujah atau bukti (burhan), dan burhan itu adalah sinar yg menyertai wajah matahari. “"

Friday, April 17, 2015

Dia selalu ada.

Assalamualaikum.
28jamadilakhir 1436 .. pagi sabtu 18april..
Datang kerja dengan mood mendatar tanpa memikirkan apa-apa hal... hanya fokus apa yang nak di buat saja.. .bersyukur dengan apa yang ada sekarang hasil titik peluh sendiri.
Bersyukur masih mempunyai ibu bapa di dunia sementara ini.
Terima kasih, Allah atas segala kurnia,
Buat ku yakin dan sentiasa percaya,
Terima kasih Allah,
Jadi pemujuk segala duka,
Jadi penenang ketika lara,
Kau sentiasa ada setiap waktu dan ketika,
Untuk aku hamba berdosa.
Allah, Kau tuhan yang penuh cinta,
Setiap takdir dan ketentuanMU tiada yang sia-sia,
Setiap episod ujianMU pasti ada hikmah yang luar biasa,
Buatku hamba yang biasa.
Allah, terima kasih atas pandanganMU yang penuh cinta,
Moga sentiasa dan selalu penuh cinta,
Agar aku jua mampu jadi pencinta yang setia,
UntukMU Allah, Tuhan yang penuh Cinta.
Kan..kan. 

Monday, April 13, 2015

saya pun cemburu

Assalamualaikum.
24jamalilakhir 1436H .
Kata-kata ni di foward oleh kawan saya kepada saya untuk saya baca...dan saya simpan ini dalam page ini agar kekal....mungkin anak cucu saya nanti akan baca..☺kan..kan..
Saya pun berasa cemburu jugak..

Cemburu yang bagaimana digalakkan oleh agama ISLAM ?

ada TIGA jenis cemburu yang digalakkan dalam ISLAM yakni cemburu kepada orang yang soleh dengan kesolehannya,kemudian menyebabkan diri kita menjadi semakin semangat bagi menjadi lebih soleh daripadanya.

Cemburu yang kedua adalah cemburu kepada orang yang alim kerana kealimannya , lantas membuatkan kita semangat mahu menuntut ilmu supaya menjadi lebih alim daripada dirinya. Oleh  kerana faedah ilmu yang ada padanya itu dapat dimanfaatkan oleh ummah pada setiap zaman selepasnya. Apatah lagi mati seorang anak adam, hanya 3 perkara yang masih membuahkan pahala iaitu anak yang soleh dan solehah, ilmu yang bermanfaat serta sedekah jariah yang kekal.

Yang terakhir, adalah cemburu kepada orang kaya yang mukmin, dan kerana kekayaannya itulah menjadikannya seseorangn yang pemurah dan sentiasa bersedekah dijalan Allah. Orang seperti itulah wajar kita cemburui dan menjadi dorongan kepada mereka yang mahu menjadi sepertinya. seperti ABDUL RAHMAN BIN AUF.

Sunday, April 12, 2015

my idola

Saya suka sangat tengok happy family ini..
Ya Allah...selalu saya tengok video ni..
Keluarga bahagia kan kan.. .☺♥.
Teringin nak al-quran macam dia.