Saturday, November 29, 2014

siapa dia??

Assalamualaikum.salam 6safar 1436H .
HEy kasihku.. 

Bersaksi cinta di atas cinta,

Dalam butiran tasbihku ini,
Sebut namamu terukir merdu,
Di malam sunyi penuh syahdu,
Moga di bukakan pintu,
Untuk bersatu,
Menuju redhaMu.
 Aku sentiasa akan doakan kamu
*moga Allah permudahkan pertemuaan kita suatu hari nanti* 

Thursday, November 6, 2014

ceria pagi

Assalamualaikum..salam 13 muharam 1436h
Fakta senyum..


1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak

jika aku lemah

Assalamualaikum..salam 13muharam 1436H
 Kpd SAHABATKU

Sahabatku 
Hati yang keras ini masih perlu di gilap 
Perlu banyak dididik 
Untuk menyentuh hati 
Untuk menjernihkan hati 
Untuk menghidupkan hati 
Semoga Allah membuka jalan dan 
mempermudahkan perjalanan ini 
Meredhai setiap langkah yang terhayun 
Kerana perjalanan ini masih panjang dan berliku-liku.... 


Sahabatku 
Jika hari ini aku terlalu gembira 
Sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah... 
Jika ku bersedih tanpa kata 
Pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta 
Jika ku lemah tak berdaya 
Ingatkan aku dengan kehebatan syurga... 
Jika antara kita ada tembok yang memisahkan 
Ajaklah aku meleraikannya segera 
Jika pernah hatimu terluka 
Luahkanlah agar aku berubah.. 
Dan jika esok ku lena tanpa terjaga 
Iringilah lenaku dengan kalungan doa... 
Berjanjilah sahabatku 
Ukhuwah kita untuk selamanya....