Sunday, April 5, 2015

pesanan untuk diri ku..

Assalamualaikum.
Saat kau meninggalkan Al-Quran, Allah akan menambatkan hatimu pada perkara yang lain. Allah akan menambatkan hatimu pada Handphone, komputer, laptop, buku, komik, majalah dan lain-lain lagi perkara yang tak menguntungkan akhirat. Ertinya, kau akan merasa lebih senang dengan semua itu daripada Al-Quran. Kau akan merasa berat membaca Al-Quran. Sebaliknya, engkau selalu mencari hiburan-hiburan lain, seperti seseorang yang sedang kehausan mencari air. Padahal air jernih ada dalam Al-Quran.
Jika itu terjadi, bererti awal musibah telah menimpa dirimu. Segeralah sedar bahawa hatimu saat itu sedang sakit. Sebab, hati yang bersih tak pernah merasa kenyang dengan Al-Quran.
Ini pesan untuk diriku dan untuk semua.

No comments:

Post a Comment